18 OGOS 2015 – Bengkel Public-Private Research Network (PPRN) Siri Pertama telah berjaya dilangsungkan bertempat di Bilik Galeri, Bangunan Canselori, USIM. Seramai 50 orang peserta daripada 30 buah syarikat telah hadir untuk sama-sama mendengar taklimat mengenai dana PPRN yang disediakan oleh Unit PPRN, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Bengkel satu hari ini dikelolakan oleh penceramah daripada kalangan matching expert PPRN sendiri iaitu Encik Mohammad Noorizzuddin Nooh dan Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali mengenai peluang mendapatkan dana sebanyak RM50,000 untuk menyelesaikan masalah teknikal di syarikat masing-masing.